Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub dipilih sebagai ketua pembangkang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.<br /><br />Mohd Yadzil menggantikan tempat ADUN Bukit Katil yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri, Adly Zahari selepas gabungan itu secara rasmi mengesahkan menyertai kerajaan perpaduan di peringkat negeri.
